Monday, September 17, 2007

Soalan Percubaan STPM

Untuk berkongsi soalan percubaan STPM negeri-negeri lain saya mengalu-alukan agar mana-mana sahabat yang ada soalan agar emailkan kepada saya di nasirgayong@yahoo.com.my

SOALAN PERCUBAAN STPM KESUSASTERAAN MELAYU MODEN NEGERI KELANTAN 2007(double click untuk besarkan)
























































Saturday, July 21, 2007

sorry

Sepanjang minggu ini bermula dari 22 julai hingga 26 julai saya bertugas di Dewan Jubli Perak (MPKB) sempena kejohanan Silat Sekolah Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa.

Thursday, May 31, 2007

A History of Classical Malay Literature

Reprint 12 A History of Classical Malay LiteratureBy Sir Richard WinstedtRevised, edited and introduction by Y.A. Talib 266pp. Size:180x260mm Hardcover Reprints Order Form
Contents:
Author’s PrefaceAbbreviationsIntroduction
The Malay Language and Literature
Malay Folk Liteature: - (a) Mythology, Riddles, Proverbs and Clock-Stories; (b) Beast Fables and the Hikayat Pelandok Jenaka (c) Farcical Tales and the Hikayat Mahashodhak (d) Folk Romances
The Hindu Period:- (a) Indian eprics (b) Shadow-play plots founded on the Indian epics (c) Romances of the Hindu period
A Javanese Element:- Tales from the Majapahit Shadow-plays, and the Hikayat Hang Tuah
From Hinuism to Islam:- Malay romances of the transition
The Coming of Islam and Islamic literature
Muslim Legends:- (a) Pre-Islamic Heroes, Iskandar Dhu’l-Karnaian, Amir Hamza, Raja Jumjumah, Saif Dhu’l-Yazan, Ibrahim ibn Adham (b) Tales of the Prophet (c) Adventures of People about Prophet, Muhammad Hanafiah, Tamim ad-Dari, Sama’un, Abu-Samah (d) the Malayo-Muslim story of raja Handak
Cycles of Tales from Muslim Sources:-Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalila dan Damina, The Bakhtiar cycle (Hikayat Bakhtiar and Hikayat Golam)
Muslim Theology, Jurisprudence and History
Malay Histories
Digests of Law
Munshi ‘Abdu’llah
Malay Poetry-Rhythmical verse; the Sha’ir; the Pantun
Soalan:

Bincangkan 2 teknik penceritaan dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur?

* Apabila kita menjawab soalan seperti ini perkara pertama yang mesti diingat ialah mesti memasukkan kesan penggunaan teknik dalam jawapan walaupun tidak diminta oleh soalan.

* Dalam kontek ini terdapat dua teknik penceritaan iaitu :
(1) Penceritaan lansung- iaitu teknik pemerian
(2) Penceritaan secara tidak langsung - teknik dialog, monolog, imbas kembali, imbas muka
teknik saspen dan lain-lain lagi.


** Contoh jawapan :
Antara Teknik penceritaan yang digunakan dalam Novel SBDKl ialah teknik pemerian. Teknik pemerian ialah pengarang menceritakan secara terus sama ada tentang watak, latar atau suasana. Dalam teknik pemerian pengarang menceritakan secara terperinci tentang sesuatu watak, latar atau suasana.
Dalam Novel SBDKL pengarang telah menggunakan teknik pemerian secara meluas sama ada pada permulaan cerita, pertengahan dan juga pada akhir cerita. Penggunaan teknik pemerian ini dapat dikesan pada permulaan cerita apabila pengarang memerikan tentang latar tempata iaitu bilik pejabat Encik Muhammad ketika Datuk Tan sedang menunggu ketibaan Encik Muhammad bgi membincangkn tentang urusan perniagaan mereka. Pengarang menceritakan secara langsung keadaan bilik Pejabat Encik Muhammad terutamanya dari sudut susun atur perabut dan hiasan dalam pejabat.
Kesan pengunaan teknik pemerian ini ialah pembaca dapat membuat penilaian tentang keperibadian Encik Muhammad dan sekaligus dapat menghayati suasana dalam cerita dengan lebih dekat lagi.

Monday, May 7, 2007

Sejarah Kesusasteraan (Bahagian A)

Soalan:

1. Bincangkan kemunculan penulis guru di Malaysia dengan menekankan:
- definisi penulis guru
- tokoh-tokoh
- karya-karya mereka
- bentuk karya

Tuesday, April 24, 2007

Sajak : KUALI HITAM

Soalan Kefahaman :
1. Berdasarkan sajak kuali hitam ciptaan Zurinah Hassan nyatakan tema yang ingin dikemukan penyajak. ( 3 m)

2. Berikan 3 persoalan yang terdapat dalam sajak Kuali Hitam dengan mengemukan contoh yang sesuai. ( 9 m)

3. Nyatakan 2 latar tempat yang terdapat dalam sajak Kuali Hitam ( 6 m)

4. Nyakan intuisi dalam sajak Kuali Hitam. ( 3 m)

5. Dalam kuali hitam unsur simbolik digunakan dengan meluas, bincangkan . ( 3 m)

6. Apakah yang dimaksudkan dengan "Api telah padam" pada bahagian (3) rangkapa ke dua mukasurat 309. ( 3 m)

7. Bincangkan 3 gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam sajak. ( 9 m)

( Selamat menjawab- jangan asyik dengar lagu sahaja. MNH