Tuesday, April 24, 2007

Sajak : KUALI HITAM

Soalan Kefahaman :
1. Berdasarkan sajak kuali hitam ciptaan Zurinah Hassan nyatakan tema yang ingin dikemukan penyajak. ( 3 m)

2. Berikan 3 persoalan yang terdapat dalam sajak Kuali Hitam dengan mengemukan contoh yang sesuai. ( 9 m)

3. Nyatakan 2 latar tempat yang terdapat dalam sajak Kuali Hitam ( 6 m)

4. Nyakan intuisi dalam sajak Kuali Hitam. ( 3 m)

5. Dalam kuali hitam unsur simbolik digunakan dengan meluas, bincangkan . ( 3 m)

6. Apakah yang dimaksudkan dengan "Api telah padam" pada bahagian (3) rangkapa ke dua mukasurat 309. ( 3 m)

7. Bincangkan 3 gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam sajak. ( 9 m)

( Selamat menjawab- jangan asyik dengar lagu sahaja. MNH

Monday, April 23, 2007

Kesusasteraan Melayu Moden

Sebagai gambaran masyarakat masa kini, ia dipaparkan melalui kegiatan penulisan yang indah yang melambangkan ketinggian budi bangsa Melayu

Kesusasteraan Melayu

Mengapa Kertas Kesusasteraan Melayu masih lagi diajar diperingkat menengah dan universiti?

Friday, April 13, 2007

Meneliti unsur-unsur Realisme Dalam Lawyer Dahlan


Konsep Realisme :

1. Membentangkan apa yang sebenarnya ada dan menyatakan sebagaimana adanya.
2. Tulisan yang objektif- melaporkan segala apa yang dilihatnya.
3. Menyentuh kehidupan masyarakat
4. Mengutamakan gambaran kehidupan "real" seperti yang terlihat di alam biasa.


Drama aliran realisme ialah drama yang membawa kisah masalah hidup sehari-hari dan berbicara secara pendek-pendek, kemas dan tepat di samping mempunyai tujuan untuk memperbaiki masyarakat.


Menelusuri ciri-ciri realisme dalam "Lawyer Dahlan" melalui Empat perkara iaitu:

1. Melalui pemikiran, persoalan yang digarap.
2. Melalui unsur latar yang mengiringinya
3. Melalui unsur watak dan perwatakan yang ditampilkan.
4. Melalui gaya bahasa yang diterapkan/dipakai dalam dialog-dialog.

Puncak Cerita ( KLIMAKS )

Konsep: Klimak ialah detik ketegangan akhir pada konflik yang timbul dalam cereka atau drama. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi, tempat di mana aksi menaik bertukar menjadi aksi menurun.

- Klimaks dimunculkan pada akhir plot iaitu selepas ditampilkan unsur-unsur konflik dan ketegangan. Dengan kata lain hasil daripada konflk dan ketegangan maka muncullah klimaks(puncak) . Unsur ini bersifat abstrak. Berada dalam keadaan genting, mendebarkan, mencemaskan atau mengerikan.

LATIHAN:

Berdasarkan Drama Lawyer Dahlan, dengan memberikan contoh yang sesuai bincangkan unsur klimaks. ( 6 markah )

Unsur Pertentangan (konflik)

Istilah lain: pertikaian, perumitan

Konsep: Pertentangan atau perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita.


Konflik merupakan peringkat yang menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian dalam sebarang bentuk cereka, sama ada drama, novel atau cerpen.


- Konflik dalam sesebuah drama amat penting, ia merupakan "nyawa" yang akan menentukan kekuatan sesebuah drama.

Konflik dalam drama akan muncul bila adanya pertentangan:

a) manusia dengan manusia
b) manusia dengan alam
c) manusia dengan dirinya
d)manusia dengan ideologi dan
e)manusia dengan masyarakat

Dalam sesebuah drama harus ada konflik besar atau penting, kemudian diiringi oleh konflik-konflik sampingan yang turut memperkembangkan konflik besarnya.


LATIHAN :

Senaraikan unsur pertentangan yang terdapat dalam drama Lawyer Dahlan

a) Pertentangan antara watak dengan watak.
b) Pertentangan antara watak dengan masyarakat dan lingkungannya
c) Pertentangan watak dengan dirinya sendiri/konflik jiwa(batin).

Thursday, April 12, 2007

Latihan (Novel) : Emansipasi Wanita

Dalam Novel SBDKL terdapat persoalan emansipasi wanita, bincangkan dengan memberikan contoh yang sesuai. (6 markah)

Unsur Suspens (ketegangan)

Konsep: " Keadaan tertunggu-tunggu , ternanti-nanti, tertanya-tanya pembaca atu penonton trhadap keputusan atau akibat sesuatu peristiwa dalam novel, drama, cerpen.
Ketegangan ialah keadaan tegang dalam plot yang menimbulkan minat dan menjadikan pembaca tertanya-tanya.


Soalan :
Berdasarkan Drama Lawyer Dahalan bincangkan unsur suspen dan kesannya ( 8 markah)

Teknik Imbas Muka

Konsep: Pengarang memaparkan babak-babak atau aksi watak (aksi dramatik) yang menyediakan audien untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan dipaparkan seterusnya dalam perjalanan plot drama.

********
Contoh : " Sila cari contoh dalam teks"
********


Kesan Penggunaan :

1. Memberi klu kepada pembaca untuk meramal perjalanan plot. Menjadikan audien lebih seronok menonton.

2. Mengurangan kejutan. Kerana penonton telah diberi gambaran apakah yang bakal berlaku.

Teknik " IMBAS KEMBALI"

Konsep: Peristiwa yang brlaku pada watak pada masa lampau untuk untuk memberitahu audien/penonton tentang perjalanan plot sebelum plot semasa.

***********
Kemukakan contoh: ( cari contoh dalam Drama Lawyer Dahlan/Malam ini Penyu Menangis)

:::::::::::::::::::

Kesan Pengunaan :

1. Dapat menimbulkan plot rencam atau plot yang bersifat tidak kronologis.
2.Dapat mempelbagaikan peristiwa dalam plot, cerita menjadi lebih panjang atau berkesan memperluaskan cerita.
3.Dapat melengkapkan binaan jalan cerita.Dengan itu cerita menjadi lebih sempurna.
4.Menjawab pelbagai persolan terdahulu yang terdapat dalam cerita.

Penerapan Teknik Dalam Binaan Plot

1. Imbas kembali
2.Imbas muka/dpan
3.Ironi
4.Suspens
5.Kejutan
6.Ketegangan
7.Peleraian/penyelesaian

Teknik dalam binaan plot " ironi"

Konsep: Menyebut atau mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan yang sebenarnya. Secara literalnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.

Dari segi pengucapan, ironi menggunakan kata-kata yang lembut dan tidak kasar, meskpun kesannya mungkin lebih tajam dan menghiris. Ironi juga mempunyai hubugan yang dekat dengan sindir halus.

Ironi dap tdikenali melalui ciri-cirinya yang mengungkapkan kata-kata yang memuji untuk tujuan mengutuk, sebaliknya menggunakan kata-kata mengutuk untuk tujuan memuji.

CIRI-CIRI GAYA BAHASA DRAMA REALISME

1. Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari --Sesuai untuk menghidupkan suasana realistik.

2. Pemilihan perkataan dibuat dengan berhati-hati agar dapat menimbulkan kesan realistik dengan memasukkan unsur sinkof. Aku -- ku, hendak--nak, tida--dak.

3. Meninggalkan tradisi drama puitis, semuanya dalam bentuk prosa dan sintaksisnya pendek-pendek. Berusaha benar-benar untuk meniru pecakapan sebenar.

Sunday, April 1, 2007

Latihan Drama Lawyer Dahlan

Soalan 1 :

1. Watak Pak Hamid merupakan watak pembantu dalam Drama Lawyer Dahlan. Bincangkan
watak dan perwatakan Pak Hamid dalam drama ini. (8 markah)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan watak pipih. Bincangkan watak ini dalam kontek Drama Lawyer Dahlan. ( 6 markah )

3. Lawyer Dahlan dikatakan watak bulat Drama Lawyer Dahlan. Bincangkan ( 6 markah)

" SELAMAT BELAJAR"

Ciri-ciri Gaya Bahasa Drama Realisme

1.Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari - sesuai untuk menghidupkan suasana realistik

2.Pemilihan perkataan lebih tepat, lancar disamping mudah difahami dan jelas

3. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof- untuk menimbulkan kesan realistik. Contohnya
perkataan kamu/mu, hendak/nak, tidak/dak.

4. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati, misalnya bahasa Inggeris digunakan untuk
menggambarkan kehidupan moden.

5. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis, biasanya menggunakan gaya bahasa prosa
dan seboleh-bolehnya meniru gaya orang bercakap.

6. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa sehari-hari.