Thursday, May 31, 2007

Soalan:

Bincangkan 2 teknik penceritaan dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur?

* Apabila kita menjawab soalan seperti ini perkara pertama yang mesti diingat ialah mesti memasukkan kesan penggunaan teknik dalam jawapan walaupun tidak diminta oleh soalan.

* Dalam kontek ini terdapat dua teknik penceritaan iaitu :
(1) Penceritaan lansung- iaitu teknik pemerian
(2) Penceritaan secara tidak langsung - teknik dialog, monolog, imbas kembali, imbas muka
teknik saspen dan lain-lain lagi.


** Contoh jawapan :
Antara Teknik penceritaan yang digunakan dalam Novel SBDKl ialah teknik pemerian. Teknik pemerian ialah pengarang menceritakan secara terus sama ada tentang watak, latar atau suasana. Dalam teknik pemerian pengarang menceritakan secara terperinci tentang sesuatu watak, latar atau suasana.
Dalam Novel SBDKL pengarang telah menggunakan teknik pemerian secara meluas sama ada pada permulaan cerita, pertengahan dan juga pada akhir cerita. Penggunaan teknik pemerian ini dapat dikesan pada permulaan cerita apabila pengarang memerikan tentang latar tempata iaitu bilik pejabat Encik Muhammad ketika Datuk Tan sedang menunggu ketibaan Encik Muhammad bgi membincangkn tentang urusan perniagaan mereka. Pengarang menceritakan secara langsung keadaan bilik Pejabat Encik Muhammad terutamanya dari sudut susun atur perabut dan hiasan dalam pejabat.
Kesan pengunaan teknik pemerian ini ialah pembaca dapat membuat penilaian tentang keperibadian Encik Muhammad dan sekaligus dapat menghayati suasana dalam cerita dengan lebih dekat lagi.

No comments: