Tuesday, March 27, 2007

SOALAN DAN SKEMA KRITIKAN

KRITIKAN SASTERA
1 Pengenalan Kritikan
4.1.1 Definisi:
Tanggapan awal dan kini
4.1.2 Fungsi:
i. Proses berkarya
ii. Penghayatan karya
4.1.3 Ciri:
i. Sanjungan/Pujian (STPM 2004)
ii. Teguran (STPM 2004)
iii. Saranan (STPM 2004)
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

4.2 Sejarah Ringkas:
4.2.1 Tahap:
Zaman Sebelum Perang Dunia kedua
@ sebelum era kritikan Aminuddin Baki (STPM 2000 & 2005)
i. Bermula tahun1949(STPM 2000)
ii. Tahun 50 (ASAS 50)
iii. Selepas Perang (Tahun 60-an & 70-an)

4.2.2 Tokoh:
i. Asraf
ii. Hamzah
iii. Yahya Ismail
iv. Hashim Awang (STPM 2001)
v. Kassim Ahmad
vi. Sahlan Mohd. Saman(STPM 2003)
vii. Abdul Rajman Hanafiah
viii. Ramli Isin
ix. Mohd. Yusof Hasan

4.2.3 Isu: (Penting)
i. Konsep pertentangan funsi seni
ii. Idealisme formalistik
iii. Kaitan sastera dengan masyarakat
iv. Konsep sastera Islam/Murni
v. Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Islam






Pendekatan:
4.3.1 Formalistik:
i. Ciri-ciri formal dalam karya sastera
ii. Hal-hal tersurat dan tersirat
iii. Keharmonian unsur dalam karya

4.3.2 Agama/Moral: (STPM 2002)
i. Nilai-nilai keagamaan
ii. Nilai-nilai murni/Moral dalam karya

4.3.3 Kemasyarakatan (Sosiologi) (STPM 1999)
i. Kaitan karya dengan masyarakat tempat karya itu dilahirkan
ii. Karya sebagai cerminan masyarakat
iii. Karya sebagai dokumen sosial

4.3.4 Kemanusiaan (Psikologi) (STPM 1998 & 2006)
i. Hubungan sastera dengan kejiwaan manusia
ii. Hubungan Watak-watak karya dengan realiti masyarakat
iii. Pengajaran yang ditinggalkan
iv. Kejiwaan dan pemikiran pengarang


4.3.5 Keindahan (Estetik/bahasa)
i. Kesan keindahan pengalaman, perasaan, imaginasi dan wawasan
ii. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam karya sastera
iii. Keindahan dan keistemewaan dalam pengolahan karya.


Ulasan:
Trend soalan berulang ,calon seharusnya memberi tumpuan kepada semua aspek dalam bahagian kritikan di samping penekanan juga harus diberikan pada aspek-aspek yang belum disoal dalam peperiksaan pada peringkat STPM.

Soalan dan skema contoh ini adalah berdasarkan soalan-soalan peperiksaan percubaan peringkat negeri di samping soalan-soalan STPM sebenar dan juga soalan-soalan klon STPM.











Genre kritikan sastera dianggap sebagai baru kelahirannya berbanding dengan genre-genre lain seperti novel, cerpen, puisi mahupun drama. Berdasarkan kenyatan tersebut,

a. Berikan tanggapan awal kritikan sastera [3]

b. dan jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat
i. Hashim Awang [3]
ii. Mana Sikana [3]
iii. Ali Ahmad [3]
iv. Lutfi Abas [3]

c. Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan Melayu [10]

Skema cadangan:

a. tanggapan awal kritikan sastera
Fakta 1:Perkataan kritik itu sendiri membawa konotasi kecelakaan terhadap karya kreatif.

Huraian/Contoh: Tugas pengkritik peringkat awal lebih kepada mencari kelemahan dan kesalahan yang terdapat dalam sesebuah karya kreatif. Ini jelas dapat dilihat pada bentuk awal kritikan







Fakta 2: Kata-kata teguran keras, kecaman, bidasan dan celaan.

Huraian/contoh: Kritikan pada peringkat awal kemunculannya lebih berbentuk teguran keras terhadap sesebuah karya sastera/kreatif mengikut pendapat masing-masing. Teguran keras ini dapat dilihat menerusi tulisan Anak Negeri yang bertajuk ”Kita dengan Munsyi Abdullah” yang mengecam sikap Abdullah sebagai pengampu orang asing.

Pilih 1 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
1 isi x 3 markah = 3 markah
Taburan markah
1 isi x 3 markah= 3 markah




b. dan jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat
i. Hashim Awang [3]
ii. Mana Sikana [3]
iii. Ali Ahmad [3]
iv. Lutfi Abas [3]


i. Hashim Awang
Satu wacana budaya yang mengolah pandangan, mempertimbangkan dan menganalisis karya sastera.

ii. Mana Sikana
Kritikan berkait dengan kerja kritikus yang bertindak sebagai hakim dalam kesusasteraan.

iii. Ali Ahmad
Kritikan adalah satu kerja menilai, memuji, menunjukkan kesalahan, membandingkan dan menikmati sesbuah karya.

iv. Lutfi Abas
Kajian kelemahan teori keindahan karya sastera.kritikan menghakimi sesebuah karya sastera.


Setiap 1 isi = 3 markah
4 isi x 3 markah = 12 markah.


c. Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan Melayu

Fakta 1: Orang Melayu sensitif
Huraian: Orang Melayu memiliki perasaan halus mudah terasa dan mudah tersinggung dan serba sederhana dalam kehidupan.

Fakta 2: Orang Melayu bertolak ansur / bertimbangrasa
Huraian: Corak kehidupan orang Melayu lebih banyak bertolak ansur khususnya dalam kehidupan bermasyarakat.

Fakta 3: Orang Melayu merendah diri
Huraian: Dalam kehidupan orang Melayu bersifat pemalu tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih mengutamakan orang lain.

Fakta 4: Kebudayaan orang Melayu yang lemah lembut / sopan santun.
Huraian: Kehidupan orang Melayu dilingkungi oleh adab sopan yang diwarisi secara turun temurun dan menjadi pegangan hidup.
Fakta 5: Orang Melayu suka contoh dan teladan
Huraian: contoh dan teladan yang baik seperti menegur / membanding, menyanjung untuk tujuan mendidik.

Fakta 6: Orang Melayu menghormati golongan berilmu
Huraian: Orang berilmu juga menerima sanjungan kerana memiliki daya intelektualan yang sangat tinggi dan maju. Pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang- pengarang seperti Abdullah Munsyi contoh dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah yang dianggap kritis dan tajam pemikirannya.

Fakta 7: Orang Melayu suka berkias / sindiran/ perumpamaan tidak berterus terang.
Huraian: Sistem komunikasi / perhubungan orang Melayu apabila berhubung dengan orang lain lebih banyak menggunakan kiasan/ kias ibarat/ kata-kata berlapik dan tidak berterus terang.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian)
5 isi x 2 markah = 10 markah.

No comments: