Monday, April 23, 2007

Kesusasteraan Melayu Moden

Sebagai gambaran masyarakat masa kini, ia dipaparkan melalui kegiatan penulisan yang indah yang melambangkan ketinggian budi bangsa Melayu

Kesusasteraan Melayu

Mengapa Kertas Kesusasteraan Melayu masih lagi diajar diperingkat menengah dan universiti?

Friday, April 13, 2007

Meneliti unsur-unsur Realisme Dalam Lawyer Dahlan


Konsep Realisme :

1. Membentangkan apa yang sebenarnya ada dan menyatakan sebagaimana adanya.
2. Tulisan yang objektif- melaporkan segala apa yang dilihatnya.
3. Menyentuh kehidupan masyarakat
4. Mengutamakan gambaran kehidupan "real" seperti yang terlihat di alam biasa.


Drama aliran realisme ialah drama yang membawa kisah masalah hidup sehari-hari dan berbicara secara pendek-pendek, kemas dan tepat di samping mempunyai tujuan untuk memperbaiki masyarakat.


Menelusuri ciri-ciri realisme dalam "Lawyer Dahlan" melalui Empat perkara iaitu:

1. Melalui pemikiran, persoalan yang digarap.
2. Melalui unsur latar yang mengiringinya
3. Melalui unsur watak dan perwatakan yang ditampilkan.
4. Melalui gaya bahasa yang diterapkan/dipakai dalam dialog-dialog.

Puncak Cerita ( KLIMAKS )

Konsep: Klimak ialah detik ketegangan akhir pada konflik yang timbul dalam cereka atau drama. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi, tempat di mana aksi menaik bertukar menjadi aksi menurun.

- Klimaks dimunculkan pada akhir plot iaitu selepas ditampilkan unsur-unsur konflik dan ketegangan. Dengan kata lain hasil daripada konflk dan ketegangan maka muncullah klimaks(puncak) . Unsur ini bersifat abstrak. Berada dalam keadaan genting, mendebarkan, mencemaskan atau mengerikan.

LATIHAN:

Berdasarkan Drama Lawyer Dahlan, dengan memberikan contoh yang sesuai bincangkan unsur klimaks. ( 6 markah )

Unsur Pertentangan (konflik)

Istilah lain: pertikaian, perumitan

Konsep: Pertentangan atau perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita.


Konflik merupakan peringkat yang menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian dalam sebarang bentuk cereka, sama ada drama, novel atau cerpen.


- Konflik dalam sesebuah drama amat penting, ia merupakan "nyawa" yang akan menentukan kekuatan sesebuah drama.

Konflik dalam drama akan muncul bila adanya pertentangan:

a) manusia dengan manusia
b) manusia dengan alam
c) manusia dengan dirinya
d)manusia dengan ideologi dan
e)manusia dengan masyarakat

Dalam sesebuah drama harus ada konflik besar atau penting, kemudian diiringi oleh konflik-konflik sampingan yang turut memperkembangkan konflik besarnya.


LATIHAN :

Senaraikan unsur pertentangan yang terdapat dalam drama Lawyer Dahlan

a) Pertentangan antara watak dengan watak.
b) Pertentangan antara watak dengan masyarakat dan lingkungannya
c) Pertentangan watak dengan dirinya sendiri/konflik jiwa(batin).

Thursday, April 12, 2007

Latihan (Novel) : Emansipasi Wanita

Dalam Novel SBDKL terdapat persoalan emansipasi wanita, bincangkan dengan memberikan contoh yang sesuai. (6 markah)

Unsur Suspens (ketegangan)

Konsep: " Keadaan tertunggu-tunggu , ternanti-nanti, tertanya-tanya pembaca atu penonton trhadap keputusan atau akibat sesuatu peristiwa dalam novel, drama, cerpen.
Ketegangan ialah keadaan tegang dalam plot yang menimbulkan minat dan menjadikan pembaca tertanya-tanya.


Soalan :
Berdasarkan Drama Lawyer Dahalan bincangkan unsur suspen dan kesannya ( 8 markah)